Imbasan Silam Bab 9
Di Universiti Pisa, Galileo mempelajari fizik dari seorang saintis Yunani Purba, Aristotle. Walau bagaimanapun, Galileo mempersoalkan pendekatan Aristotle. Aristotle percaya bahawa objek lebih berat jatuh lebih cepat melalui medium yang lebih ringan. Galileo akhirnya menafikan idea ini dengan menegaskan bahawa semua objek, tanpa mengira ketumpatan, jatuh pada kadar yang sama dalam vakum. Untuk membuktikan pendapatnya, Galileo melakukan pelbagai eksperimen menjatuhkan objek dari ketinggian tertentu. Dalam salah satu eksperimen awalnya, beliau menggolekkan sebiji bola di atas sebuah satah condong dan kemudian menentukan jarak bola itu dalam selang masa yang sama. Beliau menulis penemuannya tentang gerakan dalam bukunya yang berjudul, “De Motu”, yang bererti “On Motion” (Gerakan).
