Imbasan Silam Bab 12
John Graunt, dilahirkan pada 24 April 1620 di London. Beliau meninggal pada 18 April 1674, juga di London). Beliau ialah seorang ahli statistik Inggeris, yang dianggap sebagai pengasas sains demografi dalam kajian statistik populasi manusia. Analisisnya tentang statistik penting terhadap penduduk London mempengaruhi kerja demografi perintis kawannya Sir William Petty yang juga seorang ahli astronomi diraja.
Beliau ialah seorang ahli perniagaan yang maju sehingga perniagaannya musnah dalam kebakaran di London pada tahun 1666. Graunt mula mengendalikan pejabat perbandaran dan perintah militia. Walaupun masih aktif sebagai ahli peniagaan, dia mula mengkaji rekod kematian yang disimpan oleh jemaah gereja di London sejak tahun 1532. Melihat fenomena statistik kematian yang sering berlaku, tercetus idea untuk beliau menulis “Natural and Political Observation” berpandukan karya “Bill of Mortality” (1662). Beliau menghasilkan empat edisi karya ini; Yang ketiga (1665) telah diterbitkan oleh Persatuan Diraja, di mana Graunt adalah ahli piagam.
Graunt mengklasifikasikan kadar kematian mengikut sebab-sebab kematian, di antaranya termasuklah bilangan penduduk yang terlalu ramai. Dia memerhatikan bahawa kadar kematian di kawasan bandar melebihi di kawasan luar bandar. Dia juga mendapati bahawa walaupun kadar kelahiran lelaki lebih tinggi daripada wanita, ia diimbangi oleh kadar kematian yang lebih tinggi untuk lelaki, sehingga populasi hampir sama rata antara jantina. Inovasinya yang paling utama ialah kajian dari jadual kehidupan, yang menggambarkan kadar kematian dari aspek kelangsungan hidup. Menggunakan hanya dua kadar kelangsungan hidup (umur 6 dan 76), yang diperoleh daripada pemerhatian sebenar. Beliau meramalkan peratusan orang yang akan hidup bagi tahun yang berturut-turut dan jangka hayat mereka tahun demi tahun. Petty juga meramalkan bahawa anggaran kerugian sosial ekonomi yang disebabkan oleh kematian.
