MS277 | IMBASAN SILAM | BAB 13

Imbasan Silam Bab 13

Richard Carl Jeffrey (1926-2002) adalah seorang ahli Jabatan Falsafah di Universiti Princeton di antara tahun 1974-1999. Dilahirkan di Boston, Jeffrey ialah seorang veteran tentera laut sewaktu Perang Dunia Kedua sebelum memperoleh M.A. dari Universiti Chicago pada tahun 1952 dan kemudian memperoleh Ph.D., dari Universiti Princeton pada tahun 1957. Sebagai seorang pelajar di Chicago dan Princeton pada era 50-an, Jeffrey sangat bernasib baik kerana dapat bekerjasama dengan tokoh-tokoh dalam bidang falsafah. Kebanyakan guru-guru beliau adalah imigran, yang telah mengambil bahagian dalam penciptaan “Logical Positivism” di Vienna dan Berlin pada era 20-an dan awal 30-an, yang kemudiannya meninggalkan Eropah kerana kebangkitan pengaruh Hitler. Jeffrey bekerjasama rapat dengan Rudolf Carnap, membuat kajian dalam bidang asas-asas kebarangkalian dan statistik, dan menyambung minatnya dalam bidang falsafah sebagai seorang pelajar di University Princeton di bawah seliaan Carl Gustav Hempel.

Jawatan akademik Jeffrey yang pertama selepas tamat ijazah kedoktorannya di Princeton dalam bidang falsafah adalah sebagai seorang penolong profesor Kejuruteraan Elektrik di M.I.T. Kemudian beliau menjadi tenaga pengajar dalam bidang falsafah di Universiti Stanford, The City University of New York, dan University of Pennsylvania. Jeffrey kembali berkhidmat di jabatan falsafah Princeton pada tahun 1974. Beliau telah dilantik di Akademi Sains dan Sastera Amerika pada tahun 1994, dan pernah berkhidmat sebagai Presiden Falsafah bagi persatuan sains dari tahun 1999 hingga 2000.

Buku pertama beliau yang sangat berpengaruh, bertajuk “The Logic of Decision telah diterbitkan pada tahun 1965. Ditulis semasa Jeffrey melawat Institute for Advanced Study, ianya dipengaruhi daripada perjumpaan mingguan beliau dengan Kurt Goedel, seorang ahli logik matematik yang terkenal di zaman beliau. Dan beliau telah membentangkan teori baru membuat keputusan di bawah keadaan tidak menentu dan teori kebarangkalian. Jeffrey juga menulis dua buah buku teks yang digunakan secara meluas dalam logik, iaitu Formal Logic : Its Scope and Limits (1967), dan Computability and Logic (1974), dikarang bersama dengan George Boolos, dan, seterusnya, John Burgess. Pelajar dari pelbagai generasi akan datang bakal menguasai kedua-dua ilmu, elemen dan lanjutan logik dengan merujuk kedua-dua teks berkenaan dalam kaedah yang sangat efisien. Dia juga menulis buku bertajuk Probability and the Art of Judgment (1992) Subjective Probability:The Real Thing (2004) dan Miscellany of Works on Probabilistic Thinking, sebuah laman web.

Dalam kehidupan beliau, Jeffrey mengambil kira pandangan kuno yang mengatakan seorang ahli falsafah mempunyai kewajipan khusus untuk berasa gembira, dan kesedihan adalah satu bentuk kelemahan minda. Sewajarnya, Jeffey seorang yang cergas dan percaya pada diri sendiri. Dalam kalangan rakan, beliau dikenali sebagai Diamond Jim. Sumbangan beliau yang merintis kepada teori keputusan, dan kesinambungan program Logical Empiricm, Jeffrey dinobatkan sebagai seorang penggerak falsafah yang paling inovatif pada abad ke-20.